Thursday, June 28, 2007

SIT VS STAND (HOW 'BOUT CRAWL???)

Sayang... Mummy risau Dani dah terus cuba nak berdiri.... dari position duduk terus memaut pada mana-mana tempat untuk memanjat dan berdiri.... biar bebenar anak Mummy nie... kuat tul.... pagi-pagi bila anak Mummy ni bangun jer dari tido Mummy tengok Dani dah berdiri kat cot dengan gaya ala-ala nak memanjat kat penghadang katil... kekadang panjat cabinet TV pastu melekat jer kat TV tu... kekadang plak panjat sofa tetiba Mummy tengok je dah ada kat atas sofa... kekadang Nek Long bagi tau Mummy Dani berlawan-lawan dengan Abg Amir panjat grill kat umah Nek Long....ish...ish...ish... Mummy pun tak tau apa perasaan Mummy tengok progres pertumbuhan anak Mummy nie... bercampur-baur... kekadang rasa happy sebab anak Mummy ni mempunyai tulang-tulang yang kuat tapi kekadang Mummy jadik risau... yer arrrr takut anak Mummy jatuh... lagi satu yang Mummy risau ni... bila masa Dani nak merangkak????? Dani nak skip merangkak ker??? ish... risaula....

Wednesday, June 20, 2007

DANI OH DANI

Mak Tok don't want to babysit you anymore...it doesn't mean that she don't love you.. it just that she's getting older and sick. She loves you, infact she cried when she told me that she's not able to babysit you anymore.
Mummy sent you to Nek Long's house... Mama Lin willing to baby sit you. You've been there for a week. You are very happy, seems you can make friends with your 2nd cousin Kak Omel and Abg Amir. Hopefully you will always happy to be there.
You are almost 7 months. Your weight is already 9.7 kg (semangat tul anak mummy ni). You start to pull your body to the sitting position and try to crawl ... imitate sounds... and make some razzing sounds.
Mummy already change your formula from Mamex Gold to Enfapro A+. You really love this new formula. Budget for your milk from RM200/month is increase to RM300/month. It's Ok, as mummy always said... anything for you.
For your food, mummy cook a porridge every morning for lunch and dinner. Sometimes I made a chicken porridge or fish porridge and not forget to add with some vegetables like broccoli / carrot / potatto. You like it so much. Mama Lin told me that you never failed to finish your porridge.
OKla... sayang... love you...

Monday, June 11, 2007

K.LUMPUR - PONTIAN - MELAKA TOWN - ALOR GAJAH - NILAI 3 - KLANG - K.LUMPUR

Percaya ke tidak dalam masa dua hari our family (inclusive Tok Wan and Acu) berjalan ke banyak 6 tempat yang berbeza....

PONTIAN - 26 May 2007 wedding Kak Lina (Dani's Mak Long's sister) kat Pontian bertolak dari KL lebih kurang pukul 9.30 pagi selepas bersarapan di Restoran Odeen dekat Taman Ehsan. Dani duduk kat car seat dia.. tapi kadang-kadang nak berpeluk ngan Tok Wan dia kat tempat co-pilot (manja Tok Wan).... so sepanjang perjalanan tu sekejap duduk ngan Tok Wan... sekejap nak pegi belakang duduk ngan Mummy... hmm Mummy layan kan ajer.. tapi bila tiba masa tido.. Dani tido diam-diam kat dalam car seat. Sampai di Pontian lebih kurang pukul 12.45 tghr... tak ingat nama kg tu... tapi kat area kampung-kampung yang start ngan nama Parit... such an interesting place... been there for the first time dah jatuh cinta... majlis yang sangat indah... especially bila tengok komuniti yang saling bantu membantu untuk menjayakan majlis.. pasangan pengantin yang sangat padan.. manis.. food dia plak tak tau nak cakap la... enak-enak belaka.. nasi minyak, rendang, ayam sambal dan banyak lagi.. lepas makan dan tengok pengantin bersanding... mula untuk teruskan perjalanan untuk turun semula ke Melaka Town...

MELAKA TOWN - 26 & 27 May 2007 vacation at Melaka Town - Garden City Service Apartment Mummy memang dah booking lama apartment ni... takder sesapa pun yang recommend untuk bermalam kat sini.. Mummy pepandai sendiri jer search kat internet and terus buat reservation awal-awal, takut penuh sebab cuti sekolah... untuk sampai ke Melaka Town ni dari Pontian lebih kurang dalam satu jam setengah camtu... sampai-sampai jer terus pegi amik kunci kat bhgn admin apartment nie... masuk jer dalam apartment tu alamak.. tak seperti yang diharapkan... tapi bagi Mummy OKla.. dengan harga yang ditetapkan sebenarnyer OK... apartment 2 bilik... tak besar sgt lebih kurang 800 s.f... saja jer Mummy booking apartment bukan hotel sebab bolehla Dani main-main ngan Tok Wan dan Acu... kalau kat hotel susah sebab asing bilik. Petang tu Mummy and Daddy bawak Dani pegi swimming pool.. happening betul kat pool tu... kat children pool penuh sangat sengan kanak-kanak riang.. so Mummy and Daddy bawak Dani swimming kat adult pool la... Dani punyerla excited... surprisingly Dani sangat suka berendam kat pool... macam dah biasa gitu.. padahal baru 1st time masuk pool... siap pandai gerak-gerakan kaki ala-ala berenang hehehhe... tak lama la kat pool lebih kurang satu jam balik ke apartment mandikan Dani lepastu susu terus tido sampai malam...malam Mummy sibuk nak makan ikan bakar, macam biasala.. Tok Wan, Acu ngan daddy tak kisah makan apa pun.. so bila pusing-pusing kat Melaka Town terjumpa gerai ikan bakar dekat ngan Pulau Melaka... betul-betul tepi laut dan berdepan dengan kolam ikan... ramai gak yang memancing malam tu... order makanan yang simple.. sayur campur, ikan siakap tiga rasa, pari bakar dan sotong goreng tepung... sedap betul... masa nak bayar terperanjat sangat sebab murah sangat... sedangkan lauk-lauk yang dijual adalah fresh.. balik jer apartment terus masuk bilik tidor.. Dani sejak dari dalam kereta lagi dah tertido.. penat sangat nampaknyer dia... keesokannya pagi-pagi lagi Daddy dan Tok Wan dah kluar carik breakfast... lepas breakfast kita bersiap-siap untuk check out...konon-konon nak melawat tempat bersejarah macam padang pahlawan... bukit A' Famosa... dan muzium-muzium... tapi bila sampai jer kat tempat-tempat beli cenderahati... shopping kat situ lebih dari sejam... bila dah beli apa-apa yang patut hari dah mula panas...hmmm Mummy pun mula la malas nak pegi ke tempat-tempat tu.... last-last kita pegi Melaka Parade hehehhe mengamuk Daddy sebab dia nak sangat pegi ke tempat-tempat bersejarah... takpela Daddy next time jer... kat Melaka Parade Tok Wan ngan Acu sibuk carik baju ataupun kasut untuk hadiahkan kat Dani.... segan Mummy ngan Daddy sebab Tok Wan mesti tak lupa untuk hadiahkan apa-apa kat Dani bila dia jumpa Dani sekali sekala... so lepas dapat baju Dani kita pun bergerak kluar dari Melaka Town...

ALOR GAJAH - 27 May 2007 THE BEST ASAM PEDAS IN TOWN menuju ke Alor Gajah untuk makan tengahari... Mummy penah pegi ke restoran ni tapi tak ingat nama restoran tu... apa yang Mummy ingat asam pedas dia memang the best... restoran tepi jalan besar on the nak naik highway Alor Gajah.. dekat dengan simpang masuk ke A' Famosa Resort... Alhamdulillah lebih kurang 45 minit driving dari Melaka Town jumpa la restoran yang dimaksudkan... memang betul asam pedas dia still the best.. Tok Wan and Daddy nampak berselera sangat makan asam pedas ikan pari... lepas selesai makan kita pun bertolak balik ke KL...

NILAI 3 - 27 May 2007 SHOPPING LAGI
tak plan pun sebenarnyer nak ke Nilai 3 nie...tapi sebab dah lalu so terdetik gak hati nak singgah... lagipun memang the whole family tak penah pegi Nilai 3... bila sampai jer kat Nilai 3 barula kitorg tau bahawa tempat ni sangat besar... banyak kedai... tak pernah terbayang tempat tu sebesar itu... so Mummy pun rambang mata la... banyak kedai karpet, kedai kain, kedai baju.... hehehhe shopping-shopping skit pastu teruskan perjalanan balik.... on the way balik tu teringat telefon Tok Ndak adik Tok Wan kat Klang... kalau ada kat umah leh la singgah...

KLANG - 27 May 2007 LAWAT TOK NDAK singgah umah Tok Ndak... dia rindu sangat kat Dani.. menjak lawat Dani masa baby haritu dia tak jumpa lagi Dani... lepak-lepak umah Tok Ndak semua orang ada kat umah... Pak Long Zamani, Mak Long Maslina and Pak Ngah Bustamin... Aiman ngan Izati pun ada dah besar dah..lepas mandi... sembahyang... makan malam akhirnya barula berangkat balik ke rumah... sampai umah lebih kurang pukul 10.00 malam... semua orang dah penat... sampai jer umah semua terus masuk tido...
tak sangka dalam masa 2 hari boleh pegi banyak tempat... Tok Wan dan Acu tido umah kita selama tiga malam... rasanya tak puas spent masa dengan diorg... bila diorang balik jer Dani memang meragam teruk... nampak sangat muka tak happy Dani tu.. Mummy tau Dani rindu Tok Wan... takpala sayang InsyaAllah next time kita buat family trip macam ni lagi....